Ahad, 22 September 2013

Secebis kisah PART 3- Golok,pisau.

Mungkin dalam seminggu dua lagi saya akan upload pasal golok atau pisau lapah,dalam pembikinan.Tengah cari kayu nak buat sarung dengan hulu,kayu pun payah nak cari sekarang ni,sibuk dengan kerja,harap orang tolong cari.Cakap pasal golok ni baru teringat drill bit dah patah tak beli lagi...adoiyai..
Bilah pisau/golok yang baru siap dicanai,menanti proses merata atau mencantikkan bilah.Besi spring lori patah.
Bilah ni tempa,bukan terus dicanai.Sambil menunggu kayu boleh la gosok-gosok sikit.

Besi pisau yang dalam gambar ni saya perolehi dengan cara pelik sikit.Ketika saya di kampung,sedang menghidupkan api untuk menempa golok,tiba-tiba terdengar suara orang seakan akan memanggil saya,mula-mula saya ingat suara orang lain,tapi jelas sedang memanggil saya.Saya berdiri mencari arah suara tersebut,saya mula melangkah mengikuti suara itu,membawa saya ke sebuah rumah kosong,rumah buruk yang terletak tidak jauh dari rumah ibu saya.Sampai diluar rumah itu,saya berhenti dan saya ingin berpatah balik,tiba-tiba satu cermin tingkap rumah tu pecah dengan sendirinya,saya tak jadi berpatah balik,lalu terus masuk ke tingkat bawah rumah kosong tu.Saya pelik sebab sebab apa suara itu menarik saya ke rumah kosong tu.Saya terpandang dinding kayu ada kesan pecah (rumah tu hanya satu bilik sahaja yang ditingkat bawah,dikorek tepi tebing),saya pun terus membuka papan-papan yang menutupi dinding itu,disebalik dinding tu tanah,saya ternampak ada kepingan besi sepanjang lebih kurang satu inci terkeluar dari tebing tanah tu.Saya terus menggali tebing tu ,ada besi lain dalam tanah tu,kesemuanya besi patah,ada 5 jenis.Iaitu besi spring lori patah,cangkul patah,parang panjang/pedang patah,sabit rumput(lama) patah,dan sabit rumput kecil tak patah,tapi karat.
        Saya duduk sendirian dalam rumah kosong tu,berfikir.....setahu saya besi-besi patah elok dibuat keris yang ampuh.Sehingga kini besi itu masih dalam simpanan saya,tapi dah berkurangan sedikit,saya ambil sikit untuk dicampur dalam keris dan badik.Besi spring tu saya buat sebilah samurai katana,dan 6 bilah golok.Baki besi patah tu saya simpan nak cukupkan tujuh besi,nak tempa 2 bilah keris nanti.Saya rasa saya tahu siapa yang empunya suara misteri itu.
       Selang beberapa hari(masih di kampung),saya bermimpi ada seorang lelaki berpakain ala-ala raja yang berwarna kuning dan hijau,siap bertengkolok,bermisai tebal,usia dalam lingkungan 40an,memanggil saya dari arah dapur rumah kosong itu,lelaki itu tak berkata sepatah apa pun,tetapi tangan nya menunjukkan ke arah tingkat bawah rumah kosong itu beberapa kali,tak sempat saya bertanya apa-apa saya terjaga dari tidur.Pagi ny saya berfikir apa maksud mimpi itu,adakah dia marah saya ambil besi-besi patah itu. Lalu saya terus pergi ke rumah kosong itu sekali lagi,saya lihat ada satu tukul besi (mungkin tukul besi lama,sebab batang kayunya hampir reput) terletak atas meja kecil di tingkat bawah rumah itu,sedangkan pada hari saya ambil besi patah tu takde pulak tukul besi kat situ,saya pun ambil dan bawa pulang,Alhamdulillah sehingga kini tiada apa-apa kejadian buruk menimpa saya,tapi kejadian pelik lain yang berkaitan besi tu ada lah.Saya tak pasti macamana besi-besi tu ada tertanam dalam tanah tu,sama ada tuan rumah kosong tu dulu sengaja tanam sebagai pendinding rumah,atau memang dah ada dalam tanah tu dari dulu,atau benda ghaib tu punya stok hehehe.Yang saya tahu rumah kosong tu memang ada penghuni lain sejak sebelum rumah tu dibina,tuan rumah tu dulu pernah berdialog dengan benda tu,panjang cerita nya,saya pun beberapa kali diuji oleh benda-benda rumah tu.Lain kali saya akan ceritakan.Ketika saya menaip cerita ini bulu roma saya tak berhenti meremang,saya dapat agak "dia" ada memerhatikan saya,malah pernah mengikut saya dangan anak-anak dia sehingga ke rumah saya di bandar,dia ada 2 orang anak perempuan,seorang isteri berambut perang.Wallahualam.....

2 ulasan:

  1. Saudara ni banyak berkhayal ni...

    BalasPadam
  2. Ayat tu juga saya katakan kepada pemilik asal rumah itu lama dahulu ketika saya belasan tahun apabila dia menceritakan hal2 dan benda pelik dalam rumah dia. Jin dan syaitan itu wujud,hanya tinggal kita sebagai manusia untuk tidak tertipu dengan tipu daya nya. Sama ada saya berkhayal atau tidak terpulang pada pembaca. Saya tak marah,pendapat masing-masing.

    BalasPadam