Isnin, 30 September 2013

Meneroka gua Paloh,Gua Musang Kelantan.

Salah satu jalan masuk ke dalam gua.
Hari raya aidilfitri yang lepas saya sempat pergi ke gua paloh,sebenarnya niat nak cari kemuning hitam,tapi dapat anak pokok kemuning je.Pergi pun dah petang,lampu suluh pula tertinggal,tambahan pula hari mendung,tak sempat naik sampai ke atas gua,takut tak jumpa jalan turun,hari gelap.
Gua paloh.


Keadaan di dalam gua,agak luas,di sini saya ada lihat beberapa barang yang ditinggalkan oleh
pencari najis kelawar dan pencari sarang burung.

Kembara saya kali ni ditemani oleh bapa saudara isteri saya,sepupu dan biras saya.Sebaik sahaja kami melangkah ke dalam gua terdengar paluan gong dari atas gua,bergema.Saya tak pasti jika orang lain ada dengar atau tidak,yang pasti pakcik isteri saya turut mendengar,sambil dia berkata bahawa "penghuni" gua melihat kehadiran kami,lantas pakcik isteri saya meminta izin untuk masuk.Pakcik isteri saya yang saya panggil Pok Nik berpesan pada kami supaya jangan berniat yang bukan-bukan kerana tempat itu agak keras.Cerita tentang gua itu telah banyak saya dengar,baik dari sahabat saya,sepupu isteri saya,malah dari isteri saya sendiri pernah ikut arwah ayah tirinya bertapa di situ.Isteri saya turut memberitahu saya ada 7 tempat bertapa di situ,dan kesemuanya dia tahu,ini kerana gua itu adalah tempat isteri saya dan teman-teman nya bermain semasa kecil,itu sekadar satu kisah yang lain.Menurut isteri dan mertua saya,di gua tersebut ada beberapa kubur misteri,isteri saya pernah gali kubur tersebut untuk melihat apa isi kubur itu,tapi kosong,jika ditinggalkan sekejap,kubur itu kembali tertutup.Jadi saya ke salah satu tempat di mana terdapat kubur misteri seperti yang mereka lihat,tetapi tiada.
Salah satu tempat yang dikatakan ada kubur misteri,tapi sekarang ni telah tiada.

Saudara Samsul di salah satu tempat yang dahulunya tempat orang bertapa,kelihatan di bawah kaki Samsul adalah
laluan ke ruang yang lain,jalan untuk ke tingkat atas gua,tapi nak masuk kena merangkak.
Satu ketika dahulu dikatakan ada seorang penduduk kampung berhampiran bertapa di gua itu selama seminggu,dan telah mendapat sebilah keris 7 luk tanpa sarung dan hulu.Terdapat bermacam cerita menarik tentang gua ini,jika nak dicerita esok pun tak habis.
Saya sedang menikmati keindahan gua ciptaan yang maha Esa,Subhanallah....

Kami bersantai sebentar dalam gua.Pok Nik bercerita sedikit tentang gua itu,cerita misteri,sejarah,
dan perihal kayu-kayu kemuning.Amat mengasyikkan mendengar cerita dalam gua,dalam hati risau gak hehehehe.

Sambil-sambil tu kami mengenal pokok kemuning hitam,kemuning emas,kemuning kuning dan kenuning limau,namun saya sampai sekarang pun susah nak beza kan,tak expert lagi pasal pokok kemuning.
Pokok kemuning hitam,namun kami tidak menebang nya,sebab niat saya nak cari kemuning hitam yang dah tumbang.
nanti kalau tebang lama-lama pupus pula,lagipun dalam tanah sekitar gua masih ada lagi yang terbenam,yang telah tumbang lama dahulu.Pokok ni tumbuh di dinding gua,tempat tinggi.

Antara cerita menarik pasal gua ni dikatakan ada penjaganya,ada yang mendakwa melihat ular putih selalu berkeliaran di sekitar gua ini.Kambing hutan atau kambing batu juga terdapat di sekitar gua ini,disebelah atas gua,namun sangat sukar didekati dan sangat jarang kambing itu menunjukkan diri.Ada juga cerita-cerita mistik dan ghaib saya dengar tentang gua ini,kawan saya seorang pengamal perubatan alternatif telah beberapa kali berkunjung ke gua ini untuk bertapa atau beramal,beliau ada bercerita tentang hal-hal ghaib yang beliau pernah alami,saya sendiri pun sudah 4 kali datang ke gua ini mencari kayu kemuning,memang saya akui gua ini agak keras,namun saya buat tak tahu saja,niat saya nak cari kayu kemuning.

Beberapa gambar di sekitar gua.Namun gambar pemandangan dari atas gua tak sempat sya rakam kerana kesuntukan masa,hari hampir hujan.
Namun kami sempat mengambil sebatang anak pokok kemuning hitam untuk ditanam di rumah saya
di selangor,dan sebatang anak pokok kemuning emas pemberian Pok Nik.Walaubagaimanapun,kedua dua anak poko itu saya tinggalkan di rumah saudara di gua musang kerana kereta tak muat hehehe lain kali lah bawa balik.
Anak pokok kemuning hitam,saya tanam sementara di belakang rumah saudara di gua musang,takut mati letak dalam polybag.
Pokok kemuning emas,ehsan dari Pok Nik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan