Rabu, 18 September 2013

Keris kemuning hitam.


Keris ni baru je siap.Dibuat dari kayu kemuning hitam,saje suka-suka nak try buat keris dari kayu,khasiatnye saya tak pasti.Tapi mengikut petua orang tua-tua dulu kayu kemuning hitam ni penawar sakit perut seperti kembung,cirit birit,dan penawar racun serangga berbisa,wallahualam...saya pun tak pernah try agi khasiatnya.Bagi sesetengah orang mempercayai khasiatnya dari sudut mistik,itu saya tak pasti,kang jadi taksub payah pulak,cukuplah kita parcaya khasiatnya sebagaimana kita percaya khasiat tongkt ali dan madu,untuk kesihatan badan,atau ubat.
         Saya ada bertanya pada bapa saudara isteri saya macamana nak buat penawar sakit perut,dia cakap rebus atau rendam dengan air panas,cukuplah sekadar air berubah warna macam air teh,jangan pekat sangat nanti menggelupur dia cakap.
        Satu lagi dia cakap kemuning hitam ni "ubat" untuk orang kebal.Simpan la satu kayu kemuning hitam yang runcing hujung nya,buat keris ke,badik ke dia cakaplah...bila saya tanya apa logik nya kayu boleh tikam orang kebal,jawapan beliau senang je dan amat logik-"kebanyakan orang kebal hanya kebal pada besi dan peluru,tapi tidak pada kayu,kerana ilmu kebal ni kebanyakan pengamalnya hanya fikir tidak lut besi dan peluru".Kayu apa pun boleh katanya,tapi kemuning hitam antara yang paling sesuai kerana keras,tidak mudah patah.Saya terfikir juga ada benar nya kata-kata pakcik tu,sebab saya banyak dengar kelemahan orang kebal pada buluh,lalang,kayu,batang ubi dan macam-macam lagi.

5 ulasan:

  1. yang ni dah ada orang punya. saya akan buat yang lain,cuma stok kayu tak dapat lagi.

    BalasPadam
  2. saya ada kenal org yg memiliki kayu kemuning hitam dan kayu kemuning emas...tp blum di bentuk lagi

    BalasPadam
  3. Saya ada stok kayu kemuning hitam. Nak tempah pada tuan buatkan hulu keris boleh?...nak tempah beberapa unit termasuk buat bilah sekali guna kayu tu. Nanti kita bincang harga upah. Cuma kalau lokasi tuan dekat lah...boleh saya hantar kayunya. Kalau jauh...kena fikir lain lah pula...wasup saya di 0135987217 cikgu shah

    BalasPadam