Jumaat, 8 November 2013

Kemaskini konsep Blog.

Mulai hari ini saya menukar tajuk dan konsep blog saya agar lebih sesuai dan meluas skop catatan saya.Bermakna saya akan tuliskan apa sahaja perihal kayu,besi dan batu yang saya tahu.Jika saya guna tajuk blog yang lama saya seakan tertumpu pada cerita-cerita tertentu sahaja,saya ingin pelbagaikan catatan saya,tidak hanya pada cerita golok dan keris sahaja,malah mungkin juga saya akan selitkan sedikit kisah-kisah paranormal yang saya alami,atau pengalaman-pengalaman saya sepanjang berkecimpung dalam hobi besi dan kayu ini.
Tambahan pula saya baru dapat panggilan dari pantai timur,dapat lamaran untuk menyertai satu ekspedisi memanjat gunung untuk mencari batu-batu cincin atau batu-batu permata,jadi...WOW!! Nampaknya saya ada cerita baru untuk disiarkan di dalam blog.Namun ekspedisi itu bukan dalam waktu terdekat ini,masing-masing menunggu waktu yang sesuai kerana berkemungkinan terpaksa bermalam atas gunung,sekarang musim hujan...macam tak sesuai dan berisiko.

Ahad, 3 November 2013

Proses membuat sarung golok (sarung tebuk).

Assalamualaikum...
Kali ini saya nak menulis tentang proses membuat sarung golok dengan kaedah tebuk. Kalau tak silap saya ada 3 atau 4 cara nak buat sarung golok.Ada banyak style dan ragam sarung golok pada zaman sekarang ini,ada yang guna satu kayu,ada yang guna 2 jenis kayu,ada yang guna 3 jenis kayu.
Tapi kali ini saya hanya guna satu jenis kayu,agak mencabar,lagi-lagi untuk saiz golok 7 inci dan ke atas, berbanding sambungan 2 atau 3 jenis kayu,sebab kalau dah tebuk senget susah nak betulkan semula,jika lubang yang ditebuk tak tepat alamatnya buang je lah kayu tu,atau kena modify buat sarung lain.Berbanding dengan sambungan 2 atau 3 jenis kayu,style 2 atau 3 jenis kayu senang sikit,sebab boleh tebuk separuh-separuh ,tanpa perlu menebuk lubang dengan dalam dan lurus.
Untuk sarung kali ini saya guna kayu kemuning kuning.
Kayu kemuning kuning setebal satu inci.Pastikan panjang bersesuaian dengan saiz golok.

Lakarkan rekabentuk sarung golok.


Lepas melakar,potong kayu tersebut mengikut lakaran,jika boleh jangan potong betul-betul atas garisan lakaran,lebihkan sikit dalam 3mm hingga 5mm,supaya jika ada berlaku kesilapan semasa menebuk kita boleh lagi adjust sedikit.
Kayu yang siap dipotong mengikut lakaran.

Seterusnya,mata drill atau drill bit,di sini saya menggunakan dua jenis drill bit bersaiz 5mm(drill bit besi) dan 6mm(drill bit kayu).Mula-mula saya akan guna drill bit kayu untuk membuat lubang sedalam 2 inci,kerana drill bit kayu ni ada skru kecil dihadapan memudahkan lubang ditebuk tepat pada tempat ditanda dan membantu menebuk lubang lurus untuk permulaan.
Yang panjang tu drill bit untuk kayu.
Langkah kedua,saya akan menggunakan drill bit besi untuk menebuk lubang sedalam yang boleh (saya tebuk sampai pangkal).Saya tak guna drill bit kayu untuk step ini kerana drill bit kayu jika panas akan mudah bengkok dan cepat tumpul.Jadi saya cuba untuk meminimakan peggunaan drill bit kayu,lagipun saya tak guna mesen,hanya guna hand drill.Lepas tu boleh la terus drill guna drill bit kayu sehingga tembus,tapi kena ingat,jangan terus menerus menebuk lubang,perlu berhenti sekali sekala untuk mengelakkan drill bit dan kayu menjadi terlalu panas,ini boleh merosakkan kayu (pecah,retak),drill bit juga boleh bengkok.
Pastikan lubang ditebuk tepat dan lurus.
Seterusnya,jika golok bersaiz panjang ulangi langkah di atas pada hujung satu lagi sarung tersebut (muncung depan sarung golok,pastikan lubang dikorek tepat).
Gunakan gergaji khas untuk mengorek/menebuk lubang golok.

Bila lubang sudah siap,guna gergaji khas untuk menebuk lubang mengikut saiz golok. Gergaji ini di hardware tak jual,kebanyakan tukang sarung akan buat sendiri gergaji ini,senang je....buat gergaji bersaiz kecil,agak-agak boleh masuk dalam lubang yang kita drill,gunakan besi yang teguh dan kuat,jika tidak gergaji tu boleh patah di dalam,susah lah nak keluarkan semula.
Sesuaikan bilah golok dengan sarung,jika bilah tak boleh masuk ,teruskan menebuk kayu tu lagi.

Lepas tu tebuk atau buat lubang untuk teming/cincin hulu golok.Gunakan drill bit khas yang untuk tebuk lubang besar,atau guna drill bit besar pun boleh.
Ukur dulu kesesuaian cincin hulu golok,kemudian tebuk.

Jika dah ngam proses di atas boleh lah mula kerja-kerja meratakan dan memperhalusi sarung golok.Pasang kayu penutup lubang di hujung sarung golok.
Sedikit ukiran sebagai hiasan.Dan jangan lupa pasang kayu penutup lubang pada hujung sarung supaya lebih kemas.

Rata dan licinkan sarung guna kertas pasir.

Proses meratakan sarung golok pun kena berhati-hati,takut terlalu nipis nanti berlubang pula.Guna pisau atau parang untuk membuang sisa-sisa kayu yang tebal,kemudian guna kertas pasir untuk meratakan dan melicinkan permukaan.

Selepas dibersihkan dari habuk kayu.

Saya hanya menggunakan cat spray clear untuk kemasan akhir.
Nak spray pastikan cuaca panas,jika tidak....tak berkilat.

Akhirnya siap juga sarung golok saya ni setelah beberapa minggu tertangguh.
Apa macam?? Ok laaa....asalkan ada sarung.Hulu dan buntut kayu kemuning emas.Sarung kemuning kuning.

Keindahan kayu kemuning kuning.

Tak sempat nak buat ukiran penuh pada sarung golok ini,masa tak mengizinkan.

Maaf jika gambar-gambar tak cukup untuk menunjukkan proses-proses,ini kerana ada beberapa step yang saya terlupa nak ambil gambar.Jadi...sekian sahaja untuk kali ini,semoga informasi ini berguna kepada sesiapa yang baru nak belajar buat sarung tebuk.Ok...selamat mencuba,dan selamat bertemu kembali.