Baru sahaja menyiapkan pisau lapah dan hulunya,sarung tak sempat buat lagi.Bilah goloknya asalnya besi dari parang yang orang dah buang sebab hulu pecah,dapat pun dah berkarat,oleh kerana besi nya yang kuat dan tidak boleh bengkok (setelah diuji) maka saya ubah bentuknya untuk dibuat golok,canai semula,sepuh semula,buat hulu dan seterusnya buat sarung.
|
Bilah golok selepas di ubah bentuk dan disepuh semula. |
|
Bilah golok selepas dicanai untuk membersihkan dan melicinkan nya. |
Untuk hulu saya pilih kayu kemuning emas,dah itu je kayu yang masih ada stok di rumah hehehehe.
|
Besi stainless steel sebagai temim/cincin hulu golok. |
|
Ok..ngam suda... |
Proses buat hulu ni tak rumit sangat,cuma guna gergaji,pisau,kikir dan kertas pasir.Design ikut keselesaan kita.Cantik pada pandangan kita kira sudah ok la tu.
|
Sedikit ukiran sebagai hiasan atau "trademark". |
|
Tebuk lubang untuk puting golok. |
|
Setelah dibersihkan dan dilicinkan,spray dengan cat laequer atau cat clear untuk kemasan terakhir. Kalau kayu sudah sedia cantik warnanya elok guna yang clear,kalau tidak sia-sia kecantikan kayu tersebut jika guna syelek atau lequer yang berwarna. |
|
Ok,lepas tu boleh la dipadankan atau dipasang dengan mata golok.
|
SARUNG?????..Tak sempat nak buat memandangkan raya korban sudah hampir,nanti pagi raya korban bawa golok ni dengan sarung kotak aje...golok lain ada,simpan dulu sebab nak test golok baru ni.
|
Bilah golok ini saya tak dapat nak buat "chrome" sebab bekas karat nya yang dalam,saya takut bilah ini makin nipis jika saya canai untuk hilangkan bekas karat...maklumlah...besi jumpa kat tempat buang sampah,walaubagaimana pun saya rasa ini besi spring,dah uji pun kelihatan amat tajam. |
hasilnya bagus banget
BalasPadamdan trademark nya itu, motifnya indah sekali,
sip