Isnin, 28 Oktober 2013

Bunga kaktus.

Bunga kaktus.
Ada seorang sahabat datang ke rumah saya,dia terkejut lihat pokok kaktus depan rumah saya setinggi lebih kurang 10 kaki,dan berbunga.Nak dijadikan cerita,dia cakap jika pokok kaktus berbunga makna nya ada emas di bawah nya.Entah lah...malas nak fikir.Jika betul rasa nya ramai dah orang jadi kaya hehehehe. Tak pasal saya nak cabut pokok kaktus tu,nanti kepala saya yang tercabut kena smackdown dengan orang rumah,dia yang tanam dan jaga kaktus tu.
Bunga kaktus.
Banyak saya dengar tentang mitos-mitos dan kepercayaan pelik pasal pokok-pokok ni,saya cuma sekadar ambil tahu,nak mempercayai nya agak susah.Memang tidak dinafikan ada sesetengah tumbuhan mempunyai rahsia tersendiri,saya sendiri pernah mengalaminya.
Kisah bunga kaktus dan bunga serai wangi hanyalah selingan sahaja,sementara saya siapkan sarung golok,dah beberapa hari terbengkalai dek kesibukan bekerja dan kesibukan menjaga harta benda....maklumlah..musim hujan musim pencuri buat kerja,dah 5 tandan pisang hilang,kelibat orang nak pecah rumah pun dah nampak,cuma kejar-kejar tak dapat.

Ok....saya bagi hint sikit untuk catatan akan datang.....SARUNG GOLOK.
Sarung golok dalam proses.




Bunga serai wangi.

Serai wangi.....orang cakap kalau pokok serai wangi berbunga tandanya
ada batu cincin atau batu serai di bawah nya,atau boleh "tarik" batu serai. Wallahualam....
Bunga serai wangi.

Jadi saya pun mencuba tanam pokok serai wangi,lebih kurang setahun maka berbunga la serai wangi tu,ingatkan nak try korek bawah pokok serai tu mana tau ada batu serai,tapi malang nya bunga itu patah kena pukul ribut,akhirnya.... jadi perhiasan dalam rumah saya  hehehehehe.Sebelum ini pun saya ada banyak mendengar perihal batu serai ni,ada yang mendakwa dapat melalui upacara "tarik" batu,ada yang mendakwa cabut pokok serai dapat batu.
Saya sendiri memiliki 3 butir batu serai,tapi sekarang dah tinggal 2 butir,1 butir dah kena pau dengan mentua.

Isnin, 14 Oktober 2013

Golok kesayangan.

Golok kelantan.
Masih dalam mood raya korban. Gambar atas tu antara golok kesayangan saya,walaupun rupa tak seberapa,tapi percayalah.....golok ni golok terbaik dalam simpanan saya,yang tertajam pun iya juga,saya selesa buat kerja dengan golok yang ini.susah nak tumpul.Saya beli di Tanah Merah Kelantan,kalau tak silap tahun 2009. Harga masa tu kalau tak silap Rm80,ting tong ting tong dapat la kurang sikit,jadi Rm70.Brader yang jual golok ni nyata tak tipu saya,apa yang dia cakap benar-selesa dan amat tajam.Kalau tak silap brader tu cakap besi papan chainsaw,ditempa dan disepuh dengan molek dia ghoyak hahaha.Masa tu saya tak fikir sangat apa yang brader tu cakap,sebab tengah terdesak nak beli golok sebab golok saya tertinggal kat Rawang Selangor,balik raya korban la tu,sampai sana baru perasan golok tiada dalam kereta,apalagi...cepat-cepat pergi bandar Tanah Merah cari golok.

Secebis kisah-PART 4- Keris 9 Dzulhijjah

Sempena menyambut Aidiladha ni saya nak berkongsi cerita sedikit.Pada tahun 2011 saya ada menempah sebilah mata keris luk 9 pada hari wukuf,iaitu 9 Dzulhijjah,Sehari sebelum hari raya Aidiladha.Orang cakap keris yang ditempa pada 9 Dzulhijjah ada keistimewaan yang tersendiri,saya pun tak pasti sejauh mana kebenaran nya,saya hanya tempah dan simpan sebagai koleksi.Namun begitu saya tak nafikan sepanjang saya menyimpan keris ini memang ada beberapa kejadian misteri.

Keris berdiri disisi sarung,keseimbangan bilah keris.

Asalnya saya menempah keris ini untuk anak perempuan saya bila dia sudah besar nanti.Sekurangnya boleh juga dia mengenal senjata lama melayu,manatau zaman dia nanti susah nak cari keris.Lagi pun ada juga sedikit pemberian saya untuk dia buat kenangan bila saya sudah tiada nanti,nak wariskan harta pun saya bukan nya orang kaya hehehehehe.Beberapa kali saya beritahu isteri saya tentang niat saya nak serahkan keris ini bila dia sudah besar.Tetapi terpaksa saya batalkan niat saya itu apabila ada satu kejadian yang tak diingini terjadi.Dua malam berturut turut anak saya tak tidur lena,tak menangis tapi gelisah seakan tak lena tidur.Rupa-rupa nya ada "seseorang" yang berdiri depan anak saya,berpakaian silat serba hitam,berwajah garang (wajah manusia),muka series je lagak pendekar.Malam pertama "lelaki" itu muncul memang saya dan isteri tidak tahu dari mana datang nya 'lelaki" itu.Setelah malam kedua baru saya terfikir,itu pun setelah diberitahu oleh isteri saya. Isteri saya syak "lelaki" itu pendamping keris itu.Lalu saya pun berkata jika dia tidak mahu berdamping dengan pemilik perempuan saya akan batalkan niat saya,namun saya minta dia supaya tidak mengganggu keluarga saya jika tujuan dia elok,kalau tujuan dia tidak elok cepat-cepat la saya cari orang pandai suruh halau dia.Saya berpesan pada isteri abaikan "lelaki" itu,biarkan dia dalam keris itu,mungkin besi itu memang asalnya rumah dia sejak dari bijih besi lagi,jika dia mengganggu saya akan buang dia.Sejak saya batalkan niat saya itu,keluarga saya tidak lagi didatangi oleh "pendekar" misteri itu.Namun kadang-kadang akan kelihatan cahaya kuning seakan memancar dari aring keris itu.
Pamur bulu ayam yang tak berapa nak jadi sebab tukang keris kelam kabut nak siapkan 4 bilah mata keris dalam masa sehari,tempahan untuk hari 9 Dzulhijjah,maklumlah..setahun ada sekali je 9 Dzulhijjah.

Ahad, 13 Oktober 2013

Hulu golok / pisau melapah.


Baru sahaja menyiapkan pisau lapah dan hulunya,sarung tak sempat buat lagi.Bilah goloknya asalnya besi dari parang yang orang dah buang sebab hulu pecah,dapat pun dah berkarat,oleh kerana besi nya yang kuat dan tidak boleh bengkok (setelah diuji) maka saya ubah bentuknya untuk dibuat golok,canai semula,sepuh semula,buat hulu dan seterusnya buat sarung.
Bilah golok selepas di ubah bentuk dan disepuh semula.

Bilah golok selepas dicanai untuk membersihkan dan melicinkan nya.
Untuk hulu saya pilih kayu kemuning emas,dah itu je kayu yang masih ada stok di rumah hehehehe.



Besi stainless steel sebagai temim/cincin hulu golok.



Ok..ngam suda...
Proses buat hulu ni tak rumit sangat,cuma guna gergaji,pisau,kikir dan kertas pasir.Design ikut keselesaan kita.Cantik pada pandangan kita kira sudah ok la tu.
Sedikit ukiran sebagai hiasan atau "trademark".



Tebuk lubang untuk puting golok.


Setelah dibersihkan dan dilicinkan,spray dengan cat laequer atau cat clear untuk kemasan terakhir.
Kalau kayu sudah sedia cantik warnanya elok guna yang clear,kalau tidak sia-sia kecantikan kayu tersebut jika guna syelek atau lequer yang berwarna.
Ok,lepas tu boleh la dipadankan atau dipasang dengan mata golok.

SARUNG?????..Tak sempat nak buat memandangkan raya korban sudah hampir,nanti pagi raya korban bawa golok ni dengan sarung kotak aje...golok lain ada,simpan dulu sebab nak test golok baru ni.
Bilah golok ini saya tak dapat nak buat "chrome" sebab bekas karat nya yang dalam,saya takut bilah ini makin nipis jika saya canai untuk hilangkan bekas karat...maklumlah...besi jumpa kat tempat buang sampah,walaubagaimana pun saya rasa ini besi spring,dah uji pun kelihatan amat tajam.







Sabtu, 12 Oktober 2013

Kemuning emas ada emas??


Kayu kemuning emas.

Baru-baru ini baru saya perasan,semacam ada serbuk emas dalam kayu kemuning emas ini.Semasa saya sedang meraut kayu-kayu kemuning emas ni untuk buat hulu,biji tasbih,saya ternampak ada kilauan sinar dari celah-celah habuk kayu kemuning emas ni.Jika diperhatikan betul-betul dicelah urat-urat kayu ni memang akan nampak seperti ada serbuk emas,berkilat macam emas betul,banyak,sampai jari-jari saya kelihatan berkilau-kilau,saya dah cuba ambil gambar tapi tak nampak. Cuma saya buat kesimpulan sendiri mungkin serbuk "emas" itu terhasil dari getah pokok kemuning emas ni,mengering atau terhablur atau mengeras sehingga kelihatan seperti emasMemang cantik,tapi sayang...sebab cuma boleh nampak jika diperhatikan betul-betul.Jadi tidak hairan lah kenapa kayu ini dipanggil kemuning emas.

Selasa, 8 Oktober 2013

Oktober yang sibuk

Dah seminggu dalam bulan oktober,masih tak dapat update apa-apa dalam blog ini,kesibukan bekerja dan uruskan family,2 orang anak demam,isteri pun demam,terpaksa jadi maid sekejap hehehehehe.
Cerita baru ada,tapi tak sempat nak menaip,sempat menjengah blog sekejap saja.Lagi pun tengah menyiapkan sebilah golok melapah untuk koleksi peribadi...yang superb entah besi apa entah,keras gile.Kalo boleh nak guna hari raya korban ni,ada masa saya akan upload di sini gambar saya menyiapkan golok tersebut.