Mulai hari ini saya menukar tajuk dan konsep blog saya agar lebih sesuai dan meluas skop catatan saya.Bermakna saya akan tuliskan apa sahaja perihal kayu,besi dan batu yang saya tahu.Jika saya guna tajuk blog yang lama saya seakan tertumpu pada cerita-cerita tertentu sahaja,saya ingin pelbagaikan catatan saya,tidak hanya pada cerita golok dan keris sahaja,malah mungkin juga saya akan selitkan sedikit kisah-kisah paranormal yang saya alami,atau pengalaman-pengalaman saya sepanjang berkecimpung dalam hobi besi dan kayu ini.
Tambahan pula saya baru dapat panggilan dari pantai timur,dapat lamaran untuk menyertai satu ekspedisi memanjat gunung untuk mencari batu-batu cincin atau batu-batu permata,jadi...WOW!! Nampaknya saya ada cerita baru untuk disiarkan di dalam blog.Namun ekspedisi itu bukan dalam waktu terdekat ini,masing-masing menunggu waktu yang sesuai kerana berkemungkinan terpaksa bermalam atas gunung,sekarang musim hujan...macam tak sesuai dan berisiko.
Jumaat, 8 November 2013
Ahad, 3 November 2013
Proses membuat sarung golok (sarung tebuk).
Kali ini saya nak menulis tentang proses membuat sarung golok dengan kaedah tebuk. Kalau tak silap saya ada 3 atau 4 cara nak buat sarung golok.Ada banyak style dan ragam sarung golok pada zaman sekarang ini,ada yang guna satu kayu,ada yang guna 2 jenis kayu,ada yang guna 3 jenis kayu.
Tapi kali ini saya hanya guna satu jenis kayu,agak mencabar,lagi-lagi untuk saiz golok 7 inci dan ke atas, berbanding sambungan 2 atau 3 jenis kayu,sebab kalau dah tebuk senget susah nak betulkan semula,jika lubang yang ditebuk tak tepat alamatnya buang je lah kayu tu,atau kena modify buat sarung lain.Berbanding dengan sambungan 2 atau 3 jenis kayu,style 2 atau 3 jenis kayu senang sikit,sebab boleh tebuk separuh-separuh ,tanpa perlu menebuk lubang dengan dalam dan lurus.
Kayu kemuning kuning setebal satu inci.Pastikan panjang bersesuaian dengan saiz golok. |
Lakarkan rekabentuk sarung golok. |
Lepas melakar,potong kayu tersebut mengikut lakaran,jika boleh jangan potong betul-betul atas garisan lakaran,lebihkan sikit dalam 3mm hingga 5mm,supaya jika ada berlaku kesilapan semasa menebuk kita boleh lagi adjust sedikit.
Kayu yang siap dipotong mengikut lakaran. |
Seterusnya,mata drill atau drill bit,di sini saya menggunakan dua jenis drill bit bersaiz 5mm(drill bit besi) dan 6mm(drill bit kayu).Mula-mula saya akan guna drill bit kayu untuk membuat lubang sedalam 2 inci,kerana drill bit kayu ni ada skru kecil dihadapan memudahkan lubang ditebuk tepat pada tempat ditanda dan membantu menebuk lubang lurus untuk permulaan.
Yang panjang tu drill bit untuk kayu. |
Pastikan lubang ditebuk tepat dan lurus. |
Gunakan gergaji khas untuk mengorek/menebuk lubang golok. |
Bila lubang sudah siap,guna gergaji khas untuk menebuk lubang mengikut saiz golok. Gergaji ini di hardware tak jual,kebanyakan tukang sarung akan buat sendiri gergaji ini,senang je....buat gergaji bersaiz kecil,agak-agak boleh masuk dalam lubang yang kita drill,gunakan besi yang teguh dan kuat,jika tidak gergaji tu boleh patah di dalam,susah lah nak keluarkan semula.
Sesuaikan bilah golok dengan sarung,jika bilah tak boleh masuk ,teruskan menebuk kayu tu lagi. |
Lepas tu tebuk atau buat lubang untuk teming/cincin hulu golok.Gunakan drill bit khas yang untuk tebuk lubang besar,atau guna drill bit besar pun boleh.
Ukur dulu kesesuaian cincin hulu golok,kemudian tebuk. |
Jika dah ngam proses di atas boleh lah mula kerja-kerja meratakan dan memperhalusi sarung golok.Pasang kayu penutup lubang di hujung sarung golok.
Sedikit ukiran sebagai hiasan.Dan jangan lupa pasang kayu penutup lubang pada hujung sarung supaya lebih kemas. |
Rata dan licinkan sarung guna kertas pasir. |
Proses meratakan sarung golok pun kena berhati-hati,takut terlalu nipis nanti berlubang pula.Guna pisau atau parang untuk membuang sisa-sisa kayu yang tebal,kemudian guna kertas pasir untuk meratakan dan melicinkan permukaan.
Selepas dibersihkan dari habuk kayu. |
Saya hanya menggunakan cat spray clear untuk kemasan akhir.
Nak spray pastikan cuaca panas,jika tidak....tak berkilat. |
Akhirnya siap juga sarung golok saya ni setelah beberapa minggu tertangguh.
Apa macam?? Ok laaa....asalkan ada sarung.Hulu dan buntut kayu kemuning emas.Sarung kemuning kuning. |
Keindahan kayu kemuning kuning. |
Tak sempat nak buat ukiran penuh pada sarung golok ini,masa tak mengizinkan. |
Maaf jika gambar-gambar tak cukup untuk menunjukkan proses-proses,ini kerana ada beberapa step yang saya terlupa nak ambil gambar.Jadi...sekian sahaja untuk kali ini,semoga informasi ini berguna kepada sesiapa yang baru nak belajar buat sarung tebuk.Ok...selamat mencuba,dan selamat bertemu kembali.
Isnin, 28 Oktober 2013
Bunga kaktus.
Bunga kaktus. |
Bunga kaktus. |
Kisah bunga kaktus dan bunga serai wangi hanyalah selingan sahaja,sementara saya siapkan sarung golok,dah beberapa hari terbengkalai dek kesibukan bekerja dan kesibukan menjaga harta benda....maklumlah..musim hujan musim pencuri buat kerja,dah 5 tandan pisang hilang,kelibat orang nak pecah rumah pun dah nampak,cuma kejar-kejar tak dapat.
Bunga serai wangi.
Serai wangi.....orang cakap kalau pokok serai wangi berbunga tandanya
ada batu cincin atau batu serai di bawah nya,atau boleh "tarik" batu serai. Wallahualam....
Jadi saya pun mencuba tanam pokok serai wangi,lebih kurang setahun maka berbunga la serai wangi tu,ingatkan nak try korek bawah pokok serai tu mana tau ada batu serai,tapi malang nya bunga itu patah kena pukul ribut,akhirnya.... jadi perhiasan dalam rumah saya hehehehehe.Sebelum ini pun saya ada banyak mendengar perihal batu serai ni,ada yang mendakwa dapat melalui upacara "tarik" batu,ada yang mendakwa cabut pokok serai dapat batu.
Bunga serai wangi. |
Jadi saya pun mencuba tanam pokok serai wangi,lebih kurang setahun maka berbunga la serai wangi tu,ingatkan nak try korek bawah pokok serai tu mana tau ada batu serai,tapi malang nya bunga itu patah kena pukul ribut,akhirnya.... jadi perhiasan dalam rumah saya hehehehehe.Sebelum ini pun saya ada banyak mendengar perihal batu serai ni,ada yang mendakwa dapat melalui upacara "tarik" batu,ada yang mendakwa cabut pokok serai dapat batu.
Saya sendiri memiliki 3 butir batu serai,tapi sekarang dah tinggal 2 butir,1 butir dah kena pau dengan mentua.
Isnin, 14 Oktober 2013
Golok kesayangan.
Golok kelantan. |
Secebis kisah-PART 4- Keris 9 Dzulhijjah
Sempena menyambut Aidiladha ni saya nak berkongsi cerita sedikit.Pada tahun 2011 saya ada menempah sebilah mata keris luk 9 pada hari wukuf,iaitu 9 Dzulhijjah,Sehari sebelum hari raya Aidiladha.Orang cakap keris yang ditempa pada 9 Dzulhijjah ada keistimewaan yang tersendiri,saya pun tak pasti sejauh mana kebenaran nya,saya hanya tempah dan simpan sebagai koleksi.Namun begitu saya tak nafikan sepanjang saya menyimpan keris ini memang ada beberapa kejadian misteri.
Keris berdiri disisi sarung,keseimbangan bilah keris. |
Asalnya saya menempah keris ini untuk anak perempuan saya bila dia sudah besar nanti.Sekurangnya boleh juga dia mengenal senjata lama melayu,manatau zaman dia nanti susah nak cari keris.Lagi pun ada juga sedikit pemberian saya untuk dia buat kenangan bila saya sudah tiada nanti,nak wariskan harta pun saya bukan nya orang kaya hehehehehe.Beberapa kali saya beritahu isteri saya tentang niat saya nak serahkan keris ini bila dia sudah besar.Tetapi terpaksa saya batalkan niat saya itu apabila ada satu kejadian yang tak diingini terjadi.Dua malam berturut turut anak saya tak tidur lena,tak menangis tapi gelisah seakan tak lena tidur.Rupa-rupa nya ada "seseorang" yang berdiri depan anak saya,berpakaian silat serba hitam,berwajah garang (wajah manusia),muka series je lagak pendekar.Malam pertama "lelaki" itu muncul memang saya dan isteri tidak tahu dari mana datang nya 'lelaki" itu.Setelah malam kedua baru saya terfikir,itu pun setelah diberitahu oleh isteri saya. Isteri saya syak "lelaki" itu pendamping keris itu.Lalu saya pun berkata jika dia tidak mahu berdamping dengan pemilik perempuan saya akan batalkan niat saya,namun saya minta dia supaya tidak mengganggu keluarga saya jika tujuan dia elok,kalau tujuan dia tidak elok cepat-cepat la saya cari orang pandai suruh halau dia.Saya berpesan pada isteri abaikan "lelaki" itu,biarkan dia dalam keris itu,mungkin besi itu memang asalnya rumah dia sejak dari bijih besi lagi,jika dia mengganggu saya akan buang dia.Sejak saya batalkan niat saya itu,keluarga saya tidak lagi didatangi oleh "pendekar" misteri itu.Namun kadang-kadang akan kelihatan cahaya kuning seakan memancar dari aring keris itu.
Ahad, 13 Oktober 2013
Hulu golok / pisau melapah.
Bilah golok selepas di ubah bentuk dan disepuh semula. |
Bilah golok selepas dicanai untuk membersihkan dan melicinkan nya. |
Besi stainless steel sebagai temim/cincin hulu golok. |
Ok..ngam suda... |
Sedikit ukiran sebagai hiasan atau "trademark". |
Tebuk lubang untuk puting golok. |
Ok,lepas tu boleh la dipadankan atau dipasang dengan mata golok. |
Sabtu, 12 Oktober 2013
Kemuning emas ada emas??
Kayu kemuning emas. |
Baru-baru ini baru saya perasan,semacam ada serbuk emas dalam kayu kemuning emas ini.Semasa saya sedang meraut kayu-kayu kemuning emas ni untuk buat hulu,biji tasbih,saya ternampak ada kilauan sinar dari celah-celah habuk kayu kemuning emas ni.Jika diperhatikan betul-betul dicelah urat-urat kayu ni memang akan nampak seperti ada serbuk emas,berkilat macam emas betul,banyak,sampai jari-jari saya kelihatan berkilau-kilau,saya dah cuba ambil gambar tapi tak nampak. Cuma saya buat kesimpulan sendiri mungkin serbuk "emas" itu terhasil dari getah pokok kemuning emas ni,mengering atau terhablur atau mengeras sehingga kelihatan seperti emasMemang cantik,tapi sayang...sebab cuma boleh nampak jika diperhatikan betul-betul.Jadi tidak hairan lah kenapa kayu ini dipanggil kemuning emas.
Selasa, 8 Oktober 2013
Oktober yang sibuk
Dah seminggu dalam bulan oktober,masih tak dapat update apa-apa dalam blog ini,kesibukan bekerja dan uruskan family,2 orang anak demam,isteri pun demam,terpaksa jadi maid sekejap hehehehehe.
Cerita baru ada,tapi tak sempat nak menaip,sempat menjengah blog sekejap saja.Lagi pun tengah menyiapkan sebilah golok melapah untuk koleksi peribadi...yang superb entah besi apa entah,keras gile.Kalo boleh nak guna hari raya korban ni,ada masa saya akan upload di sini gambar saya menyiapkan golok tersebut.
Cerita baru ada,tapi tak sempat nak menaip,sempat menjengah blog sekejap saja.Lagi pun tengah menyiapkan sebilah golok melapah untuk koleksi peribadi...yang superb entah besi apa entah,keras gile.Kalo boleh nak guna hari raya korban ni,ada masa saya akan upload di sini gambar saya menyiapkan golok tersebut.
Isnin, 30 September 2013
Meneroka gua Paloh,Gua Musang Kelantan.
Salah satu jalan masuk ke dalam gua. |
Gua paloh. |
Keadaan di dalam gua,agak luas,di sini saya ada lihat beberapa barang yang ditinggalkan oleh pencari najis kelawar dan pencari sarang burung. |
Kembara saya kali ni ditemani oleh bapa saudara isteri saya,sepupu dan biras saya.Sebaik sahaja kami melangkah ke dalam gua terdengar paluan gong dari atas gua,bergema.Saya tak pasti jika orang lain ada dengar atau tidak,yang pasti pakcik isteri saya turut mendengar,sambil dia berkata bahawa "penghuni" gua melihat kehadiran kami,lantas pakcik isteri saya meminta izin untuk masuk.Pakcik isteri saya yang saya panggil Pok Nik berpesan pada kami supaya jangan berniat yang bukan-bukan kerana tempat itu agak keras.Cerita tentang gua itu telah banyak saya dengar,baik dari sahabat saya,sepupu isteri saya,malah dari isteri saya sendiri pernah ikut arwah ayah tirinya bertapa di situ.Isteri saya turut memberitahu saya ada 7 tempat bertapa di situ,dan kesemuanya dia tahu,ini kerana gua itu adalah tempat isteri saya dan teman-teman nya bermain semasa kecil,itu sekadar satu kisah yang lain.Menurut isteri dan mertua saya,di gua tersebut ada beberapa kubur misteri,isteri saya pernah gali kubur tersebut untuk melihat apa isi kubur itu,tapi kosong,jika ditinggalkan sekejap,kubur itu kembali tertutup.Jadi saya ke salah satu tempat di mana terdapat kubur misteri seperti yang mereka lihat,tetapi tiada.
Salah satu tempat yang dikatakan ada kubur misteri,tapi sekarang ni telah tiada. |
Saudara Samsul di salah satu tempat yang dahulunya tempat orang bertapa,kelihatan di bawah kaki Samsul adalah laluan ke ruang yang lain,jalan untuk ke tingkat atas gua,tapi nak masuk kena merangkak. |
Saya sedang menikmati keindahan gua ciptaan yang maha Esa,Subhanallah.... |
Sambil-sambil tu kami mengenal pokok kemuning hitam,kemuning emas,kemuning kuning dan kenuning limau,namun saya sampai sekarang pun susah nak beza kan,tak expert lagi pasal pokok kemuning.
Antara cerita menarik pasal gua ni dikatakan ada penjaganya,ada yang mendakwa melihat ular putih selalu berkeliaran di sekitar gua ini.Kambing hutan atau kambing batu juga terdapat di sekitar gua ini,disebelah atas gua,namun sangat sukar didekati dan sangat jarang kambing itu menunjukkan diri.Ada juga cerita-cerita mistik dan ghaib saya dengar tentang gua ini,kawan saya seorang pengamal perubatan alternatif telah beberapa kali berkunjung ke gua ini untuk bertapa atau beramal,beliau ada bercerita tentang hal-hal ghaib yang beliau pernah alami,saya sendiri pun sudah 4 kali datang ke gua ini mencari kayu kemuning,memang saya akui gua ini agak keras,namun saya buat tak tahu saja,niat saya nak cari kayu kemuning.
Beberapa gambar di sekitar gua.Namun gambar pemandangan dari atas gua tak sempat sya rakam kerana kesuntukan masa,hari hampir hujan. |
Namun kami sempat mengambil sebatang anak pokok kemuning hitam untuk ditanam di rumah saya
di selangor,dan sebatang anak pokok kemuning emas pemberian Pok Nik.Walaubagaimanapun,kedua dua anak poko itu saya tinggalkan di rumah saudara di gua musang kerana kereta tak muat hehehe lain kali lah bawa balik.
Anak pokok kemuning hitam,saya tanam sementara di belakang rumah saudara di gua musang,takut mati letak dalam polybag. |
Pokok kemuning emas,ehsan dari Pok Nik. |
Langgan:
Catatan (Atom)