|
Perhatikan "belalai gajah" pada keris ini,terbalik.Keris ni orang lama punya. |
|
Keris ni baru saja siap,sedang menamti tuan nya datang ambil. |
|
Indah dan halus pamor nya. |
|
Keris ni pun milik oarang lama juga.Pandai saras 5 luk,pemilik nya datang untuk repair,kerana ganjarnya sudah longgar.Yang berbaju biru tu Mat kampung Perangkap,salah seorang tukang buat sarung dan hulu keris dan badik yang ada di daerah Bunut Susu. |
|
perrggh......cantik...bila la nak dapat keris yang macam ini. |
Berkesempatan melihat keris-keris milik orang-orang yang sudah lama terlibat dalam bidang senjata melayu lama ni satu peluang baik.Peluang bertanya pada mereka yang arif tentang keris.Pada hari saya lihat tukang besi menempa badik,datang 2,3 oarang membawa keris masing-masing. Ada yang mahu buat keris pendua,ada yang mahu repair keris,ada yang datang mengambil keris yang sudah siap.Duduk mendengar orang-orang lama bercerita perihal keris dan senjata lama memang mengasyikkan(mungkin bagi orang yang minat macam saya).Keris pada zaman sekarang kebanyakanya hanya untuk perhiasan rumah,tak kurang juga ada yang menempah keris untuk perubatan,ada juga yang sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk menempah keris gred A khas untuk pertandingan,perubatan.Pada hari tersebut juga saya sempat melihat seorang dari Kota Bharu datang untuk menempah keris sundang gred A,dia tidak kisah soal upah mahal atau murah asalkan dia dapat keris sundang tersebut.Gambar-gambar diatas adalah antara keris-keris yang saya sempat ambil gambar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan