Sabtu, 12 Mac 2011

PISAU MELAPAH

Sekarang saya dalam proses menyiapkan hulu dan sarung pisau melapah,terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkanya,kerana terlalu sibuk dengan kerja kebelakangan ini.Mata golok ditempa dari besi spring lori.Teras nangka saya gunakan untuk hulu dan sarung. Sarung golok ini saya akan tebuk ditengah,jadi tak perlu saya potong dua dan buat alur/longkang dikedua-dua belah kayu,jadi sarung golok akan kelihatan kemas dan menjimatkan masa.Cuma memerlukan ketilitian yang tingga untuk membuat sarung tebuk ini,kerana kayu perlu ditebuk lurus dan tepat untuk mengelakkan kayu rosak.Alat untuk menebuk juga terpaksa saya buat sendiri,susah nak cari di hardware.Saya tak perlu risau tentang kekemasan sarung tebuk kerana tak perlu marata kan kayu sebelum mencantumkan nya
jika sarung dibelah 2.
5 bilah pisau/golok malapah dalam proses menyiapkan hulu dan sarung.

KAYU JADI BATU (FOSIL)

Berkunjung ke rumah seorang pengamal rawatan tradisional di Kampung Laut,Tumpat,yang dikenali sebagai ayah Soh.Ayah Soh adalah tok guru kepada salah seorang sahabat saya. Di rumah beliau saya sempat melihat "kayu jadi batu".Menurut cerita dari ayah soh,asalnya batu itu dijumpai oleh orang jepun yang masuk ke hutan malaysia,mungkin jepun tu ada kerja atau projek di malaysia ni.Tapi orang tempatan dapat tahu orang jepun itu nak bawa ke jepun batu tersebut,lalu orang tempatan tu pun meminta untuk membeli batu tersebut.Bagus juga tindakan orang tempatan tu,kalu tidak terlepas fosil kayu jadi batu tersebut ke jepun.Saya ada juga meminta sedikit kayu jadi batu tu,tapi malangnya tiada alat yang sesuai untuk memotong batu itu,amat keras,mungkin lain kali saya akan datang bawa alat yang sesuai.Menurut cerita orang yang berpengalaman, kayu jadi batu ini adalah fosil kayu yang terbentuk malalui proses yang lama,mungkin beribu tahun.
Batu yang besar dan tegak itu adalah kayu jadi batu,yang kecil disebelahnya juga kayu jadi batu.Kesan lubang kumbang buat lubang pada batu tersebut masih lagi jelas kelihatan .
2 biji batu ini saya tak pasti batu apa,tapi tergolong dalam kategori permata.Yang berwarna pink (sebelah kiri) dijumpai dalam laut,yang sebelah kanan dijumpai atas gunung.
Ayah soh agak terkenal di kawasanya sebagai perawat alternatif,beliau juga pernah ditemubual oleh beberapa majalah tempatan berkaitan rawatan alternatif.

Jumaat, 11 Mac 2011

KERIS "OTAI"

Perhatikan "belalai gajah" pada keris ini,terbalik.Keris ni orang lama punya.
Keris ni baru saja siap,sedang menamti tuan nya datang ambil.
Indah dan halus pamor nya.
Keris ni pun milik oarang lama juga.Pandai saras 5 luk,pemilik nya datang untuk repair,kerana ganjarnya sudah longgar.Yang berbaju biru  tu Mat kampung Perangkap,salah seorang tukang buat sarung dan hulu keris dan badik yang ada di daerah Bunut Susu.
perrggh......cantik...bila la nak dapat keris yang macam ini.
Berkesempatan melihat keris-keris milik orang-orang yang sudah lama terlibat dalam bidang senjata melayu lama ni satu peluang baik.Peluang bertanya pada mereka yang arif tentang keris.Pada hari saya lihat tukang besi menempa badik,datang 2,3 oarang membawa keris masing-masing. Ada yang mahu buat keris pendua,ada yang mahu repair keris,ada yang datang mengambil keris yang sudah siap.Duduk mendengar orang-orang lama bercerita perihal keris dan senjata lama memang mengasyikkan(mungkin bagi orang yang minat macam saya).Keris pada zaman sekarang kebanyakanya hanya untuk perhiasan rumah,tak kurang juga ada yang menempah keris untuk perubatan,ada juga yang sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk menempah keris gred A khas untuk pertandingan,perubatan.Pada hari tersebut juga saya sempat melihat seorang dari Kota Bharu datang untuk menempah keris sundang gred A,dia tidak kisah soal upah mahal atau murah asalkan dia dapat keris sundang tersebut.Gambar-gambar diatas adalah antara keris-keris yang saya sempat ambil gambar.

KAYU KEMUNING

Teras kemuning.Seksa potong gune gergaji, `berperang' dengan pacat masa potong ni.
Kayu kuning tu teras pokok nangka,agak sesuai kalau setakat buat sarung golok dan pisau,Kayu nangka tak lah keras,cuma warna nya saja cantik.3 ketul kayu warna coklat tu teras kemuning.
Gua batu ni mengikut cerita penduduk Paloh agak "keras".Dikhabarkan ada penduduk tempatan jumpa/dapat sebilah keris lama dalam gua ni cara ghaib.
Cuti raya cina hari tu sempat jap masuk hutan kat gua musang cari kayu nak buat saryng badik dan keris.Masuk kat satu gua kat situ dapatlah sikit ters kemuning kuning,kayu lama,tak pasti kemuning kuning atau kemuning emas.Kebetulan hari saya masuk hutan tu pula ,masa tu la chainsaw buat hal,nak tak nak terpaksa la bawa gergaji dengan parang je masuk hutan.Pergi pun dah agak lewat,pukul 6 petang baru masuk hutan disebabkan ada beberapa masalah dan hal yang tak dielakkan.Bayangkan lah,duk kat gua dalam hutan pada waktu hampir senja,2 orang je pulak tu(dengan sepupu isteri),seram dan takut kalau ada binatang buas berhampiran situ.Kayu pulak keras,potong dengan gergaji,adoi la....lenguh tangan.Cari-cari juga kalau-kalau ada kemuning hitam,tapi tak jumpa,mungkin orang lain sudah ambil dulu berikutan ada kesan-kesan orang mengambil kayu sebelum kami.Tengah saya sedang asyik potong teras kemuning,sedar-sedar saya seorang diri je kat situ,rupa-rupanya sepupu tadi tu pergi tempat lain cari kemuning hitam,apa lagi,kecut perut juga la,takut pak belang je.Hasilnya dapat la teras kemuning sebesar peha,panjang dalam 25 inci. Itu je yang sempat saya potong kerana hari hampir maghrib,tambahan pula dalam hutan,gua semakin gelap.Yang pasti saya akan kembali ke gua tu untuk mencari lagi teras-teras kayu yang sesuai.Tengok tempatnya macam ada lagi teras-teras kayu yang baik-baik.

Khamis, 10 Mac 2011

BADIK PANJANG

Badik panjang ,milik kawan, panjang mata 12 inchi.Sampir dan hulu kayu kemuning,sarung saya tak pasti kayu jenis apa.
Badik ini saya buat sendiri sarung dan hulu.Hulu dan sampir teras kayu kemuning,sarung teras nangka. Panjang mata 9inchi. Badik ini sudah manjadi salah satu koleksi peribadi saya.
Badik panjang berpamor,ditempah untuk kawan dari kelantan.Saya tak pasti sama ada badik panjang dan badik rencong benda yang sama. Tempah 2 bilah ,satu dah tentu saya punya. Tapi sayang ,cuma sebilah je yang siap sarung dan hulu,sebilah lagi terpaksa buat sendiri sarung dan hulu sebab masa tak mengizinkan saya berada lama di kelantan.Walau bagaimana pun saya berpuashati dengan hasil kerja tukang besi kegemaran saya tu,saudara mazlan.Hasil kerja tangan nya teliti.