Isnin, 30 September 2013

Meneroka gua Paloh,Gua Musang Kelantan.

Salah satu jalan masuk ke dalam gua.
Hari raya aidilfitri yang lepas saya sempat pergi ke gua paloh,sebenarnya niat nak cari kemuning hitam,tapi dapat anak pokok kemuning je.Pergi pun dah petang,lampu suluh pula tertinggal,tambahan pula hari mendung,tak sempat naik sampai ke atas gua,takut tak jumpa jalan turun,hari gelap.
Gua paloh.


Keadaan di dalam gua,agak luas,di sini saya ada lihat beberapa barang yang ditinggalkan oleh
pencari najis kelawar dan pencari sarang burung.

Kembara saya kali ni ditemani oleh bapa saudara isteri saya,sepupu dan biras saya.Sebaik sahaja kami melangkah ke dalam gua terdengar paluan gong dari atas gua,bergema.Saya tak pasti jika orang lain ada dengar atau tidak,yang pasti pakcik isteri saya turut mendengar,sambil dia berkata bahawa "penghuni" gua melihat kehadiran kami,lantas pakcik isteri saya meminta izin untuk masuk.Pakcik isteri saya yang saya panggil Pok Nik berpesan pada kami supaya jangan berniat yang bukan-bukan kerana tempat itu agak keras.Cerita tentang gua itu telah banyak saya dengar,baik dari sahabat saya,sepupu isteri saya,malah dari isteri saya sendiri pernah ikut arwah ayah tirinya bertapa di situ.Isteri saya turut memberitahu saya ada 7 tempat bertapa di situ,dan kesemuanya dia tahu,ini kerana gua itu adalah tempat isteri saya dan teman-teman nya bermain semasa kecil,itu sekadar satu kisah yang lain.Menurut isteri dan mertua saya,di gua tersebut ada beberapa kubur misteri,isteri saya pernah gali kubur tersebut untuk melihat apa isi kubur itu,tapi kosong,jika ditinggalkan sekejap,kubur itu kembali tertutup.Jadi saya ke salah satu tempat di mana terdapat kubur misteri seperti yang mereka lihat,tetapi tiada.
Salah satu tempat yang dikatakan ada kubur misteri,tapi sekarang ni telah tiada.

Saudara Samsul di salah satu tempat yang dahulunya tempat orang bertapa,kelihatan di bawah kaki Samsul adalah
laluan ke ruang yang lain,jalan untuk ke tingkat atas gua,tapi nak masuk kena merangkak.
Satu ketika dahulu dikatakan ada seorang penduduk kampung berhampiran bertapa di gua itu selama seminggu,dan telah mendapat sebilah keris 7 luk tanpa sarung dan hulu.Terdapat bermacam cerita menarik tentang gua ini,jika nak dicerita esok pun tak habis.
Saya sedang menikmati keindahan gua ciptaan yang maha Esa,Subhanallah....

Kami bersantai sebentar dalam gua.Pok Nik bercerita sedikit tentang gua itu,cerita misteri,sejarah,
dan perihal kayu-kayu kemuning.Amat mengasyikkan mendengar cerita dalam gua,dalam hati risau gak hehehehe.

Sambil-sambil tu kami mengenal pokok kemuning hitam,kemuning emas,kemuning kuning dan kenuning limau,namun saya sampai sekarang pun susah nak beza kan,tak expert lagi pasal pokok kemuning.
Pokok kemuning hitam,namun kami tidak menebang nya,sebab niat saya nak cari kemuning hitam yang dah tumbang.
nanti kalau tebang lama-lama pupus pula,lagipun dalam tanah sekitar gua masih ada lagi yang terbenam,yang telah tumbang lama dahulu.Pokok ni tumbuh di dinding gua,tempat tinggi.

Antara cerita menarik pasal gua ni dikatakan ada penjaganya,ada yang mendakwa melihat ular putih selalu berkeliaran di sekitar gua ini.Kambing hutan atau kambing batu juga terdapat di sekitar gua ini,disebelah atas gua,namun sangat sukar didekati dan sangat jarang kambing itu menunjukkan diri.Ada juga cerita-cerita mistik dan ghaib saya dengar tentang gua ini,kawan saya seorang pengamal perubatan alternatif telah beberapa kali berkunjung ke gua ini untuk bertapa atau beramal,beliau ada bercerita tentang hal-hal ghaib yang beliau pernah alami,saya sendiri pun sudah 4 kali datang ke gua ini mencari kayu kemuning,memang saya akui gua ini agak keras,namun saya buat tak tahu saja,niat saya nak cari kayu kemuning.

Beberapa gambar di sekitar gua.Namun gambar pemandangan dari atas gua tak sempat sya rakam kerana kesuntukan masa,hari hampir hujan.
Namun kami sempat mengambil sebatang anak pokok kemuning hitam untuk ditanam di rumah saya
di selangor,dan sebatang anak pokok kemuning emas pemberian Pok Nik.Walaubagaimanapun,kedua dua anak poko itu saya tinggalkan di rumah saudara di gua musang kerana kereta tak muat hehehe lain kali lah bawa balik.
Anak pokok kemuning hitam,saya tanam sementara di belakang rumah saudara di gua musang,takut mati letak dalam polybag.
Pokok kemuning emas,ehsan dari Pok Nik.



"Homemade" mesen larik.

Baru siapkan mesen larik biji tasbih,masih dalam proses ujian,alignment tak betul lagi,maklumlah....buat sendiri,body pun pakai papan hehehehe.Buat permulaan saya cuba melarik beberapa batang kayu kemuning.
Setakat ni takde masalah lagi,boleh dikendalikan oleh amatur macam saya,cuma tak berapa nak bulat sebab
shaft motor dengan shaft hujung tu tak berapa selari,tapi boleh laa...

Biji-biji tasbih yang pra-siap,saja nak buat test mesen larik "homemade".Yang ni kayu kemuning emas.

Nampaknya biji tasbih pertama yang saya buat ni dah ada orang tempah hehehe...isteri saya suruh saya siapkan yang pertama ni dan serah pada dia,dia nak yang pertama ni,biarlah tak cantik pun dia cakap,asalkan hasil tangan saya yang pertama ni dia nak guna.

Ahad, 22 September 2013

Secebis kisah PART 3- Golok,pisau.

Mungkin dalam seminggu dua lagi saya akan upload pasal golok atau pisau lapah,dalam pembikinan.Tengah cari kayu nak buat sarung dengan hulu,kayu pun payah nak cari sekarang ni,sibuk dengan kerja,harap orang tolong cari.Cakap pasal golok ni baru teringat drill bit dah patah tak beli lagi...adoiyai..
Bilah pisau/golok yang baru siap dicanai,menanti proses merata atau mencantikkan bilah.Besi spring lori patah.
Bilah ni tempa,bukan terus dicanai.Sambil menunggu kayu boleh la gosok-gosok sikit.

Besi pisau yang dalam gambar ni saya perolehi dengan cara pelik sikit.Ketika saya di kampung,sedang menghidupkan api untuk menempa golok,tiba-tiba terdengar suara orang seakan akan memanggil saya,mula-mula saya ingat suara orang lain,tapi jelas sedang memanggil saya.Saya berdiri mencari arah suara tersebut,saya mula melangkah mengikuti suara itu,membawa saya ke sebuah rumah kosong,rumah buruk yang terletak tidak jauh dari rumah ibu saya.Sampai diluar rumah itu,saya berhenti dan saya ingin berpatah balik,tiba-tiba satu cermin tingkap rumah tu pecah dengan sendirinya,saya tak jadi berpatah balik,lalu terus masuk ke tingkat bawah rumah kosong tu.Saya pelik sebab sebab apa suara itu menarik saya ke rumah kosong tu.Saya terpandang dinding kayu ada kesan pecah (rumah tu hanya satu bilik sahaja yang ditingkat bawah,dikorek tepi tebing),saya pun terus membuka papan-papan yang menutupi dinding itu,disebalik dinding tu tanah,saya ternampak ada kepingan besi sepanjang lebih kurang satu inci terkeluar dari tebing tanah tu.Saya terus menggali tebing tu ,ada besi lain dalam tanah tu,kesemuanya besi patah,ada 5 jenis.Iaitu besi spring lori patah,cangkul patah,parang panjang/pedang patah,sabit rumput(lama) patah,dan sabit rumput kecil tak patah,tapi karat.
        Saya duduk sendirian dalam rumah kosong tu,berfikir.....setahu saya besi-besi patah elok dibuat keris yang ampuh.Sehingga kini besi itu masih dalam simpanan saya,tapi dah berkurangan sedikit,saya ambil sikit untuk dicampur dalam keris dan badik.Besi spring tu saya buat sebilah samurai katana,dan 6 bilah golok.Baki besi patah tu saya simpan nak cukupkan tujuh besi,nak tempa 2 bilah keris nanti.Saya rasa saya tahu siapa yang empunya suara misteri itu.
       Selang beberapa hari(masih di kampung),saya bermimpi ada seorang lelaki berpakain ala-ala raja yang berwarna kuning dan hijau,siap bertengkolok,bermisai tebal,usia dalam lingkungan 40an,memanggil saya dari arah dapur rumah kosong itu,lelaki itu tak berkata sepatah apa pun,tetapi tangan nya menunjukkan ke arah tingkat bawah rumah kosong itu beberapa kali,tak sempat saya bertanya apa-apa saya terjaga dari tidur.Pagi ny saya berfikir apa maksud mimpi itu,adakah dia marah saya ambil besi-besi patah itu. Lalu saya terus pergi ke rumah kosong itu sekali lagi,saya lihat ada satu tukul besi (mungkin tukul besi lama,sebab batang kayunya hampir reput) terletak atas meja kecil di tingkat bawah rumah itu,sedangkan pada hari saya ambil besi patah tu takde pulak tukul besi kat situ,saya pun ambil dan bawa pulang,Alhamdulillah sehingga kini tiada apa-apa kejadian buruk menimpa saya,tapi kejadian pelik lain yang berkaitan besi tu ada lah.Saya tak pasti macamana besi-besi tu ada tertanam dalam tanah tu,sama ada tuan rumah kosong tu dulu sengaja tanam sebagai pendinding rumah,atau memang dah ada dalam tanah tu dari dulu,atau benda ghaib tu punya stok hehehe.Yang saya tahu rumah kosong tu memang ada penghuni lain sejak sebelum rumah tu dibina,tuan rumah tu dulu pernah berdialog dengan benda tu,panjang cerita nya,saya pun beberapa kali diuji oleh benda-benda rumah tu.Lain kali saya akan ceritakan.Ketika saya menaip cerita ini bulu roma saya tak berhenti meremang,saya dapat agak "dia" ada memerhatikan saya,malah pernah mengikut saya dangan anak-anak dia sehingga ke rumah saya di bandar,dia ada 2 orang anak perempuan,seorang isteri berambut perang.Wallahualam.....

Rabu, 18 September 2013

Keris kemuning hitam.


Keris ni baru je siap.Dibuat dari kayu kemuning hitam,saje suka-suka nak try buat keris dari kayu,khasiatnye saya tak pasti.Tapi mengikut petua orang tua-tua dulu kayu kemuning hitam ni penawar sakit perut seperti kembung,cirit birit,dan penawar racun serangga berbisa,wallahualam...saya pun tak pernah try agi khasiatnya.Bagi sesetengah orang mempercayai khasiatnya dari sudut mistik,itu saya tak pasti,kang jadi taksub payah pulak,cukuplah kita parcaya khasiatnya sebagaimana kita percaya khasiat tongkt ali dan madu,untuk kesihatan badan,atau ubat.
         Saya ada bertanya pada bapa saudara isteri saya macamana nak buat penawar sakit perut,dia cakap rebus atau rendam dengan air panas,cukuplah sekadar air berubah warna macam air teh,jangan pekat sangat nanti menggelupur dia cakap.
        Satu lagi dia cakap kemuning hitam ni "ubat" untuk orang kebal.Simpan la satu kayu kemuning hitam yang runcing hujung nya,buat keris ke,badik ke dia cakaplah...bila saya tanya apa logik nya kayu boleh tikam orang kebal,jawapan beliau senang je dan amat logik-"kebanyakan orang kebal hanya kebal pada besi dan peluru,tapi tidak pada kayu,kerana ilmu kebal ni kebanyakan pengamalnya hanya fikir tidak lut besi dan peluru".Kayu apa pun boleh katanya,tapi kemuning hitam antara yang paling sesuai kerana keras,tidak mudah patah.Saya terfikir juga ada benar nya kata-kata pakcik tu,sebab saya banyak dengar kelemahan orang kebal pada buluh,lalang,kayu,batang ubi dan macam-macam lagi.

Ahad, 15 September 2013

Secebis kisah PART 2

Saya pernah mencuba membuat keris sendiri.Tempa sendiri,canai sendiri,walaupun tak cantik sangat tapi ok la dengan hasil tangan yang pertama.Ok,masa permulaan saya belajar pasal buat keris ni memang saya keliru,keliru pasal besi,bukan semua besi boleh dicampur untuk buat keris.Dan bukan semua besi buruk tak boleh buat keris.Masa permulaan saya belajar memang hancur saya tempa,tak melekat besi-besi tu,sehinggalah.....pada satu malam saya bermimpi didatangi tiga orang lelaki mengajar saya campur besi berlapis lapis.Ketiga tiga lelaki itu langsung tak bercakap dengan saya walau sepatah,hanya menunjukkan cara sahaja.Salah seorang lelaki hidupkan api,lagi sorang ketuk besi,lagi sorang bawa zink buruk tunjuk kat saya,saya pun cakap nak buat apa dengan zink buruk,nak buat pisau potong sayur pun tak jadi,tapi lelaki itu diam dan memotong zink itu dalam saiz 1 inci,banyak keping juga dia potong,dia lapis kan zink selang satu besi,saya rasa ada dalam 9 atau 11 lapis besi,setiap selang satu dilapis dengan zink.Kemudian mereka tempa lapisan besi tersebut menjadi seketul besi,dan mereka bentukkan menjadi bentuk kasar sebilah keris.Tapi mereka berhenti setakat itu sahaja,tetiba mereka ghaib.Saya terjaga dari tidur dengan badan berpeluh.
           Lepas lebih kurang 1 bulan saya pergi ke rumah biras saya di pasir mas kelantan,dan hari itu juga saya pergi ke rumah tukang keris disitu bertanya pasal buat keris,sebelum ni saya hanya tengok je dia buat,tak tanya pun cara nya,saya tanya dia macamana nak tempa berlapis lapis besi.Lalu dia menjawab...untuk beginner guna besi lembut sebagai gam untuk melekatkan besi,rangka basikal,zink,besi katil antara besi yang sesuai,selain agak lembut ia agak kukuh sebenarnya selain kandungan nikel dalam besi tersebut yang mencantikkan lagi pamur.Baru saya paham kenapa ketiga lelaki dalam mimpi tu tunjuk zink buruk kat saya,apa daaaa.......Dia cakap tak ramai yang tau pasal kandungan nikel dalam besi-besi tu,orang hanya ingat besi buruk tak boleh buat apa.Nikel bahan yang mengukuhkan rangka basikal,besi katil,zink. Kalau fikir logik memang betul,basikal,katil,bumbung,susah nak karat pun iya juga.Lagi satu dia cakap suhu api pun penting,kena jaga.Setakat ni saya hanya belajar secara teori sahaja dengan tukang besi tu,takde masa nak buat praktikal hehehehe.
Perhatikan pamur yang berwarna putih/chrome,tu hasil dari nikel besi buruk kaki katil asrama.

         Banyak lagi kisah saya yang saya alami,macam dongeng pun ada,mistik pun ada,kena santau,benda ghaib bagi besi,batu-orang bagi ambil je la......Sejak saya berkahwin banyak pengalaman baru saya dapat pasal keris dan kayu ni,bertambah minat.semua tu saya simpan sebagai pengajaran dan tips.Dilain masa saya akan ceritakan lagi.

Projek tergendala....

Hari ni sepatutnya saya nak mula projek eksperimen buat mesen larik kayu sendiri,nak buat homemade,mesen mini untuk larik kayu lebihan,yang kecil-kecil nak buat biji tasbih ke..apa-apa ke...tapi kena kerja pulak hari ni,on call,terpaksa la masuk kerja,tertangguh lagi la projek mini mesen. Dah seminggu dah tertangguh.Apa-apa pun kalau dah siap mesen tu pun tak tau la boleh guna atau tak,alat-alat pun kurang,asalkan boleh larik kayu dah le...
Kayu-kayu lebih buat hulu dan sarung,daripada buang baik try buat biji tasbih,tapi mesen pulak takde,orang rumah pun dah bising,dia suruh kemas dan buang,sayang la nak buang,kemuning tu...kemuning emas,kuning,hitam.

Selasa, 10 September 2013

Secebis kisah PART 1.

Pernah satu ketika dulu saya bertanya pada seorang tukang tempa di Kelantan tentang apa perasaan dia bila ada pelanggan yang bermacam ragam,nakdesign itu ini.Dia cakap pelanggan dari malaysia ok lagi cuma permintaan design tu bermacam ragam.Lalu dia membuka cerita tentang pengalaman dia melayan kerenah pelanggan dari siam,ada yang bawa besi tempat bakar mayat dari thailand,ada yang bawa kepala patung budha utk dibuat keris.Yang dia tak tahan bila nak tempa besi bakar mayat dari siam,berbau busuk dia cakap,yelah...berpuluh tahun digunakan untuk bakar mayat,jadi daging-daging dan air mayat dah sebati dengan besi tu.Kadang-kadang bila dia dah tak tahan dia buang saja besi tu bila orang siam tu balik,dan digantikan dengan besi yang sama jenis.Selera orang siam buat keris ni lain,semakin besi tu berhantu semakin dia suka.

Jika saya datang ke tempat menempa keris jika tak menempah pun saya akan duduk dengar orang-orang yang berpengalaman bercerita,tanya serba sedikit perihal besi,keris,badik,teknik.Teknik mengimpal besi,campur besi,macamana nak buat pamur itu ini,jenis-jenis besi yang sesuai,macamana nak buat wafak pada mata senjata dan macam-macam lagi,pendek kata mereka-mereka ini tak lokek ilmu.Bagaimanapun saya sudah agak lama tak menjenguk ke "office" tukang besi,kesibukan bekerja.

Sabtu, 7 September 2013

Hulu tajung dalam pembikinan.


Kayu kemuning emas.Yang ni hulu tajung yang ke tiga yang saya buat sendiri.Mungkin dalam seminggu lagi siap la kot hehehehe,takde masa nak mengukir,siang kerja,ada masa baru boleh sambung,kadang-kadang malam pun kena mengukir,tu yang payah tu,silap potong susah nak repair,kena teliti.Mungkin dilain masa saya akan post kan cara-cara membuat hulu tajung,apa salahnye berkongsi serba sedikit perihal kayu dan besi ni.Biasanya hulu tajung diukir dengan motif langkasuka,namun zaman sekarang ni dah ada macam-macam motif yang ada kat hulu tajung,dah banyak variasi,ada yang motif campur-campur. Selera orang berbeza-beza,ada yang suka bermacam ragam pada sebilah keris dan hulunya.Satu yang saya tertarik pada hulu tajung ni sebab ukiran halusnya,"karekternye",dan geometrinya.Saya terfikir juga,macamana la orang zaman dulu boleh terfikir untuk menghasilkan hulu tajung ni,agak kompleks pembuatannya.Yang saya tahu tajung ni berasal dari wilayah pattani dan chenok di selatan thailand.

Mencuci mata/bilah keris.

Disini ada satu cara untuk mencuci bilah keris. Bahan-bahan - air kelapa muda dan sedikit nasi. Campurkan kedua dua bahan tadi kedalam satu bekas.Campurkan kedua-dua bahan tadi,jika air kelapa muda 2 biji,masukkanlah nasi dalam 3 sudu. Rendam mata keris selama 5 hingga ke 7 hari. Lepas tu cuci bersih,dan sarungkan semula. Mata keris akan bertahan lebih lama sedikit,susah nak karat. Ada bermacam cara nak mencuci bilah keris,guna kulit nenas,buah mengkudu,dan macam-macam cara lagi,namun cara guna air kelapa dan nasi yang saya suka.Tapi kena ingat,tutup bekas tersebut sebab ia akan berbau masam,jadi asid.

Tenggelamkan bilah keris dalam campuran air kelapa untuk hasil yang memuaskan.

Sudah kembali daa......

Assalamuaalaikum...lama sudah saya tidak menulis di blog ini,kesibukan bekerja,dan masalah broadband pun iya juga,terlupa password pn iye juga,sekarang dah dapat password boleh la kembali aktif.Mulai hari ini dan insyaAllah hari-hari berikutnye akan saya masukkan beberapa catatan,dan beberapa barang untuk dijual,termasuklah keris.Koleksi peribadi untuk dijual.
Gua paloh,Gua Musang ,Kelantan.