Rabu, 29 Disember 2010

Bahan baru dalam proses.

Assalamualaikum...
Agak lama juga saya tak masukkan artikel-artikel dan gambar-gambar baru dalam blog ini,sibuk dengan kerja. Insyaallah tak lama lagi saya akan masukkan artikel-artikel dan gambar beberapa bilah badik dan golok yang sedang saya siapkan sekarang ni. Baru sahaja siap menempa 3 bilah badik dan 5 bilah golok melapah,masih belum ada sarung dan hulu,masih menunggu bekalan kayu.Menempa pun kena tunggu cuti baru dapat buat.Sibuk dengan kerja kebelakangan ini.Saya masih baru dalam bidang menempa besi ni,boleh la setakat nak buat pisau,golok,pedang dan badik. Keris pun saya tak berapa mahir lagi,kalau keris perhiasan tu boleh la.

Sabtu, 27 November 2010

MENCUCI KERIS BARU SIAP(Keris lurus,18.5inci)

keris yang baru siap ini direndam dengan sejenis asid,dibiarkan 30 minit hingga 1 jam,untuk membuang karat,selain mencantikkan warna besi dan menimbulkan pamor.
Keris selepas dicuci,bersih dan terserlah warna besinya.
Ada bermacam-macam cara dan bahan untuk mencuci keris.Sama ada menggunakan asid,belerang kuning(sulfuric powder),air asam,atau guna air kelapa, semuanya adalah untuk membersihkan keris dan memelihara warna dan pamor.

TUKANG KERIS

Kerja-kerja menempa campuran besi,menjadikannya sebati,dan seterusnya proses membentuk keris.Pada masa ini saudara Lan sedang menempa keris 3 luk,pamor lilit ubi(maaf,tak dapat siarkan gambar sebab terpaksa balik rumah sekejap)
Raya Aidiladha yang lepas saya berkesempatan mengunjungi rumah saudara Lan,tukang besi/tukang keris di pasir mas.Beliau salah seorang tukang besi yang mahir dalam negeri kelantan selain paklah(adiguru) dan pakmud.Saudara Lan ni cukup dikenali sebagai pandai keris oleh penduduk setempat.dalam kunjungan saya ke trumah Lan baru-baru ini saya sempat merakamkan beberapa foto semasa dia sedang menempa.Beberapa jenis besi dilapiskan dan ditempa,dilipat,dibentuk hingga menjadi keris.Saya difahamkan oleh penduduk disitu,bahawa saudara Lan ni mahir dengan bermacam jenis pamor.Saudara Lan banyak menerima tempahan dari dalam dan luar negeri kelantan.

Rabu, 10 November 2010

KERIS 7 LUK


Keris ni dapat kat pasir mas.Jalan-jalan ke rumah Encik Zaki Purba,berkenan pulak.Tapi asalnya cuma mata keris sahaja,hulu dan sarung buat sendiri.Hulu -teras nangka. sampir dan bontot-teras nangka .sarung-kayu buih.Asalnya keris ni ketegori keris sajen(lihat gambar bawah),tapi macam tak best pula hulu patung orang,jadi tukar hulu nye hulu kayu dan buat sekali sarung.

Selasa, 9 November 2010

Badik panjang-Pamor anak ular.

Badik panjang,berpamor "anak ular",amanah dari seorang sahabat untuk dijaga.Asal badik ni dari Pasir Mas ,Kelantan,itu sahaja info yang saya dapat dari pemilik asal badik ini.Berapa usia badik ini pun saya tak pasti,cuma yang saya tahu ia berusia puluhan tahun.Dah lama saya berhasrat nak cari badik panjang untuk koleksi,tak sangka kunjungan ke rumah sahabat dapat pula badik ni.Ada 3 kesemuanya,2 bilah dah diberi pada orang lain,dah rezeki saya hari tu tinggal lagi 1 bilah.Sampai kat rumah saya pun belek-belek badik ni,lihat kehalusan seni pamor pada mata badik,macamana la tukang besi tu boleh masukkan besi kat tengah-tengah mata badik ,menyerupai seekor anak ular yang sedang merayap.Memang padan lah tukang besi zaman dulu digelar "pandai besi",sebab pandai menghasilkan seni atas besi,orang barat panggil seni ni "metal art".

Assalamualaikum

Blog ini baru saja dibuka,jadi masih kurang isi kandungan dan bahan-bahan untuk dipaparkan.Saya akan masukkan paparan dari semasa ke semasa.Blog ini mengenai senjata-senjata melayu lama,atau barang-barang antik,cerita-cerita misteri/mistik,dan juga sedikit kisah dari pengalaman-pengalaman saya.Mungkin sudah banyak blog-blog yang seumpama ini dalam internet.Blog ini untuk bertukar-tukar pendapat,info,cerita,dan juga untuk bertukar-tukar ilmu (jangan ilmu hitam sudah lah).Jadi, segala komen-komen berbaur LUCAH,POLITIK,ISU SENSITIF, ADALAH DILARANG sama sekali ditulis dalam blog ini.Dilarang juga menyalin atau mengambil gambar dan isi kandungan blog ini tanpa kebenaran pemilik blog ini.
Sekian terima kasih.